Selamat Mengunjungi Laman Sesawang
Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah
Temui kami di alamat;
Lot 549, PAL 12/B, Parit Amal Laut,
Jalan Junid, 84000 Muar,
Johor Darul Takzim
GPS;
2° 00' 02"N 102° 35' 22"E atau 2.00086N 102.58946E
View Larger Map
Keterangan lanjut, hubungi;
Ust. Kamal - 016 2610931
Pejabat - 06 9534690
Pengasas
Kini usianya menjangkau 84 tahun, walaupun agak lanjut, beliau terus bekerja keras membangunkan institusi pendidikan ini yang menjadi sumber untuk modal insan yang bertaqwa kepada Maha Pencipta selain berguna kepada sekalian masyarakat. Beliau telah membangun dan mengasaskan dua institusi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang terkenal di daerah Muar iaitu; Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah dan Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah. Selain itu, beliau merupakan pengasas kepada Madrasah At-Tanwiriah yang merangkumi; Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah, Sekolah Rendah Agama At-Tanwiriah dan Pra-Sekolah At-Tanwiriah.
Beliau telah menjadikan rumahnya di Kampung Parit Amal, Parit Jawa sebagai asrama untuk pelajar-pelajar Tahfiz serta kemudahan kelas untuk murid-murid sekolah rendah.
"Kita tidak boleh memandang remeh dalam kerja-kerja kebajikan apatah lagi dalam membangunkan madrasah di mana di dalamnya mendidik anak-anak kita mengenal Allah dan mencintai Rasulullah" beliau juga menambah "Ingatlah besarnya pahala bagi sesiapa yang membantu membangunkan madrasah, sama ada dengan wang, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya".
Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada beliau untuk terus memberi didikan kepada masyarakat amnya dan kepada Islam khasnya.
Beliau ialah; Tuan Guru Hj Hasbullah bin Hj. Salleh.
Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah
Maahad tahfiz ini mula mengambil pelajarnya yang pertama pada tahun 2009 iaitu serama 20 orang. Pada tahun 2010, pihak sekolah tidak dapat menambah bilangan pelajar kerana asrama yang sedia ada tidak dapat manampung pertambahan pelajar. Walau bagaimanapun hasil sumbangan orang ramai, sebuah bangunan yang merangkumi pejabat, musolla, dapur dan kantin telah dapat dibina, InsyaAllah, kami membuka kembali pengambilan pelajar baru seramai 10 orang untuk sesi persekolahan 2011.
Dua orang tenaga pengajar telah berkhidmat dan bersama-sama berkorban dalam membangunkan madrasah.
Kemudahan & Prasarana Maahad
Pengangkutan Rasmi
Dewan Asrama
Blok Baru
Kelas Tahfiz
Kantin
Aktiviti Pelajar
Khatam Al-Quran
Kuliah
Tasmiq Bacaan
Rutin Senaman Pagi

















